Isnin, 4 Januari 2010

Permata yang dilupakan....(dicopy dr blog suara merbok)

Telah lebih setahun pemergian allhyarham Tuan Guru Hj Mansor Hj. Ibrahim. tidak dapat dinafikan lagi sumbangan dan perjuangan beliau di Merbok khasnya dan di Kampung Pasir Amnya. Tok Guru Hj. Mansor atau nama penuh beliau Hj Mansor Bin Hj Ibrahim Bin Yahya Bin Abdul Rahman Ar-Rawa telah memberi impak yang amat positif bagi penduduk di sini. seorang tuan guru yang amat di segani di semua lapisan masyarakat. kini kita kehilangan beliau buat selama-lamanya.... permata yang bersinar itu, kini bukan lagi pudar tapi telah hilang ...
Beliau adalah insan yang dihormati oleh semua pihak samada PAS dan Umno. Beliau juga merupakan tonggak perpaduan disini atas ketokohan beliau. pada pandangan peribadi penulis, beliau juga setaraf dengan ulama atas ilmu yang dimilikinya. kini, masih ramai lagi anak didik dan bekas anak murid beliau di sekitar merbok ini. adalah wajar kalau dikatakan majoriti pak-pak lebai di merbok kebanyakkannya adalah anak murid beliau. begitu besarnya impak tuan guru Hj. Mansor sehingga kini...

Tuan Guru Hj. Mansor adalah merupakan seorang yang bijak berpolitik dan amat arif dalam bidang agama. Pemergiannya merupakan kehilangan yang mat besar bagi masyarakat disini. beliau secara tidak langsung merupakan pemimpin dan juga menjadi rujukan pada masyarat di sini temasuk ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang lain...
(gambar lama-diambil dari blog Y.B Adun tjg Dawai)
Sumbangan beliau dalam PAS sememangnya amt besar dan tiada nilainya.Terutamya bagi cawangan kampung pasir, padang jernih dan simpang tiga. Beliau merupakan ketua cawangan merangkap Yang Dipertua PAS kampung pasir pada akhir hayatnya. Perjuangan yang sekian lama, pahit getir yang dilalui beliau sehingga beliau akhirnya dapat melihat sendiri kemenangan PAS di DUN tanjung dawai dan Merbok (Pakatan Rakyat). Dan belum sempat genap setahun kemenangan dan pentadbiran PAS di Tanjung Dawai dan Negeri Kedah, beliau menghembuskan nafas terkhirnya menghadap Allah s.w.t, tuhan yang Esa. Jika hendak dibukukan perjuangan beliau didalam PAS, mungkin sehingga beberapa siri.

Bukan niat penulis untuk sama-sama meratapi pemergian Allahyarham Tuan guru tercinta ini, tetapi sejauh mana kesan perjuangan dan sumbangan beliau kini pada masyarat di sini. perlukah dengan ayat begini: yang pergi biarkan berlalu, yang hidup mesti diteruskan ???. sehingga kini, tiada langsung artikel,laporan, novel, posting atau buku (kecuali sedikit maklumat dari harakah) berkaitan sejarah hidup dan perjuangan beliau. bukan niat untuk mengagungkan, tetapi sekadar renungan perjuangan dan sumbangan besar beliau pada masyarakat dan agama. Ia merupakan satu sejarah riwayat hidup yang boleh di jadikan contoh teladan, terutamanya bagi jemaah PAS merbok sendiri. bukan itu sahaj, beliau juga secara tidak langsung terlibat dalam perlaksanaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam di Merbok...

p/s : kenangan yang ada kini hanya surau/madrasah disebelah rumah beliau yang dikenali sebagai madrasah Hj. Mansor (Madrasah Sa`aadah Al Islamiyah). Jika PAS Pusat menamakan dewannya di Taman Melewar sebagai Dewan Fadhil Noor. Jika PAS negeri menamakan dean di kompleks PAS Kedah dengan nama yang sama, apa salahnya PAS Merbok menamakan dewan di PUTIM dengan nama Tuan Guru Hj. Mansor Ibrahim. telah banyak nama tok guru merbok hilang ditelan zaman, termasuk allahyarham tuan guru Abdur Rahman,allahyarham tuan guru Hj Ghazali Din dan lain-lainnya.Tuan guru Wan Ahmad Wan Long pun sekarang ni tengah uzur. Mungkin nama-nama ini juga bakal tenggelam di telan zaman. . Golongan muda Merbok tidak tahu langsung berkaitan ulama-ulama besar uyang asalnya adalah dari MErbok sendiri...

Apakah kita sedar atau tidak, bahawa tiada lagi Tuan Guru atau Ulama besar di kalangan kita di Merbok kini? maka hormatilah kita kepada saki-baki golongan guru yang ada kini...

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat tahun baru 2010. Tirai 2009 ditutup dengan kenangan manis, dikurniakan cahaya mata ketiga pagi tadi 31.12.2009. jam 4.30 pg. Seorang bayi perempuan sebarat 3.5 kg....nama masih dok cari....Alhamdulillah.

Rabu, 30 Disember 2009

Lanie, 30.12.2009 11.04 pm. Dah byk hari tak update blog cikai ni...mlm ni letih sket. siang tadi kalut jgk. bini dah msk wad ptg td, tggu nak bersalin. Insyaallah kalau tak malam ni, esok keluar lah baby tu...satu lagi amanah Allah akan terpikul dipundak ini. Ya Rabb...sallimna,sallimna. Rabbana hab lana min azwajina wazurriyatina qurrata aqyun...wajaalna lil muttaqin na imama...amin.

Sabtu, 26 Disember 2009

PENGUNJUNG yang ke 77,777 mungkin hari ini atau esok

Posting ni khas untuk menunggu PENGUNJUNG yang ke 77,777 mungkin hari ini atau esok. Sebagai tanda terima kasih kepada pelawat yang ke 77,777 aku akan hadiahkan sebanyak RM77. Apa yang perlu ANDA buat adalah copy pastekan Visitor Counter yang menunjukkan angka 77,777 dan buat satu posting di blog ANDA dan kirimkan komen berserta linknya di posting ini. Bagi yang tak berjaya tunggu NEXT...angka ke 88,888.

Terima kasih kepada semua peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal yang terus menyokong dan mempromosi contest ini. Terima kasih juga kepada Wawwi.com yang terus bersama dengan contest ini dengan Tips dan analisa contest.

Adakah teman-teman bersetuju kalau contest Hidup Berani Untuk Gagal ditutup hujung tahun ini?

Ahad, 13 Disember 2009

Salam semua, Sabtu kemarin 12.12.2009. Saya hadir ke majlis perkahwinan kawan org rumah. (Norhidayah). Di Gurun. Kenduri yg menepati syarak. Takdak muzik yg memekak telinga.(bab ni paling aku menyampah!!!!!). Khemah asing lelaki dan perempuan. Dapat buah tangan lagi dengan risalah buku kecil ttg Keluarga Muslim. Alhamdulillah. Kenduri mcm ni sgt. jarang dah dok jumpa skarang ni. Tahniah kepada Tuan Rumah En Che Mee b Osman sekeluarga.

Selasa, 8 Disember 2009