Sabtu, 30 Januari 2010

Sekadar renungan...

[shahidan+najib.jpg]

Hampa nak kata apa tengok gambaq ni?
Aku tak mau kata pa cuma nak tabik springg kat cameramen yg tangkap gambaq ni...

Ahad, 17 Januari 2010

Ikut Manual Bro...

Tonton video kat bawah ni dulu....



Mamat ni jadi macam ni pasai dia tak baca dan ikut manual benda alah yang dia guna tu. Kalau dia baca dan ikut manual penggunaan tentu tak jadi macam tu. Kalau dia tak paham dan tak tahu nak baca manual tu dia kena tanya dan ikut cakap orang yang tahu baca.
Macam tu lah juga hidup kita atas dunia ni...Allah dah sediakan manual panduan untuk manusia. Gunalah panduan tu. Apa lagi kalau bukan al Quran dan Hadis. Kalau tak tau baca dan mentafsir kehendak al Quran dan hadis, tanyalah dan ikutlah orang yang tahu. Orang yang tahu tu ulama lah...jangan buat pandai2 sendiri...so ikutlah ulama. Insyaallah hidup kita selamat...
Fas'alu ila ahli zikr inkuntum la ta'lamun...

Rabu, 13 Januari 2010

No smoking!


Pesanan utk teman-teman lama yang pernah merokok dan masih merokok. Asap rokok anda sering mengganggu org lain.
Aku paling meluat bila tgk org serve makanan sambil tangan dok kepit putin rokok. Biasanya jumpa orang mcmni kat kedai makan atau rumah kenuri. Jadi macam video kat atas ni baru padan muka...

Jumaat, 8 Januari 2010

terbaru dariku....

Ragam cuti sekolah yg lalu...Dalilah, Aiman(tgh layan spongebob) dan sepupu di rumah tok.
Kak ngah dan babynya....
Kalau macam ni sampai besar....sejuk perut ibu mengandung...Insyaallah.
Posing sebelum pi makan kenduri rumah kawan.
seronok sungguh dapat baju upin ipin baru....
Nak pi kelas qiraati kena solat dulu....puas kena paksa.

Dok ciwi adik baby lagi dua2 beradik ni...bangun pg2 teruih p tgk adik kat bilik....


RABBANA LA TUHAMMILNA MAA LA THOOQOTALANABIH...WAKFUANNA WAGHFIRLANA WARHAMNA ANTA MAULANA FANSURNA ALAL QAUMIL KAFIRIIN." TUHAN KAMI JGN ENGKAU UJI KAMI DENGAN UJIAN YG TAK MAMPU KAMI TANGGUNGI, MAAFKANLHA KAMI, AMPUNKAN KAMI, RAHMATILAH KAMI DAN TOLONGLAH KAMI MENGHADAPI ORG KAFIR. AMIN..





amanah allah atasku..

Anak pertama Aiman Adli Bin Ahmad Zaki. lahir pd 14.7.2004.

Anak kedua . Nur Dalilah Bt Ahmad Zaki. Lahir pd 24.9.2007 ( 20 ramadhan 1428H)


Amanah Allah atasku. Anak ke tiga. Ummu Hannan Bt Ahmad Zaki lahir pd 31.12.2009. 3.54 kg...semangat tahun baru kot...


RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZURRIYATINA QURRATA AQYUN WAJAALNA LIL MUTTAQI NA IMAMA....AMIN.

Isnin, 4 Januari 2010

Permata yang dilupakan....(dicopy dr blog suara merbok)

Telah lebih setahun pemergian allhyarham Tuan Guru Hj Mansor Hj. Ibrahim. tidak dapat dinafikan lagi sumbangan dan perjuangan beliau di Merbok khasnya dan di Kampung Pasir Amnya. Tok Guru Hj. Mansor atau nama penuh beliau Hj Mansor Bin Hj Ibrahim Bin Yahya Bin Abdul Rahman Ar-Rawa telah memberi impak yang amat positif bagi penduduk di sini. seorang tuan guru yang amat di segani di semua lapisan masyarakat. kini kita kehilangan beliau buat selama-lamanya.... permata yang bersinar itu, kini bukan lagi pudar tapi telah hilang ...
Beliau adalah insan yang dihormati oleh semua pihak samada PAS dan Umno. Beliau juga merupakan tonggak perpaduan disini atas ketokohan beliau. pada pandangan peribadi penulis, beliau juga setaraf dengan ulama atas ilmu yang dimilikinya. kini, masih ramai lagi anak didik dan bekas anak murid beliau di sekitar merbok ini. adalah wajar kalau dikatakan majoriti pak-pak lebai di merbok kebanyakkannya adalah anak murid beliau. begitu besarnya impak tuan guru Hj. Mansor sehingga kini...

Tuan Guru Hj. Mansor adalah merupakan seorang yang bijak berpolitik dan amat arif dalam bidang agama. Pemergiannya merupakan kehilangan yang mat besar bagi masyarakat disini. beliau secara tidak langsung merupakan pemimpin dan juga menjadi rujukan pada masyarat di sini temasuk ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang lain...
(gambar lama-diambil dari blog Y.B Adun tjg Dawai)
Sumbangan beliau dalam PAS sememangnya amt besar dan tiada nilainya.Terutamya bagi cawangan kampung pasir, padang jernih dan simpang tiga. Beliau merupakan ketua cawangan merangkap Yang Dipertua PAS kampung pasir pada akhir hayatnya. Perjuangan yang sekian lama, pahit getir yang dilalui beliau sehingga beliau akhirnya dapat melihat sendiri kemenangan PAS di DUN tanjung dawai dan Merbok (Pakatan Rakyat). Dan belum sempat genap setahun kemenangan dan pentadbiran PAS di Tanjung Dawai dan Negeri Kedah, beliau menghembuskan nafas terkhirnya menghadap Allah s.w.t, tuhan yang Esa. Jika hendak dibukukan perjuangan beliau didalam PAS, mungkin sehingga beberapa siri.

Bukan niat penulis untuk sama-sama meratapi pemergian Allahyarham Tuan guru tercinta ini, tetapi sejauh mana kesan perjuangan dan sumbangan beliau kini pada masyarat di sini. perlukah dengan ayat begini: yang pergi biarkan berlalu, yang hidup mesti diteruskan ???. sehingga kini, tiada langsung artikel,laporan, novel, posting atau buku (kecuali sedikit maklumat dari harakah) berkaitan sejarah hidup dan perjuangan beliau. bukan niat untuk mengagungkan, tetapi sekadar renungan perjuangan dan sumbangan besar beliau pada masyarakat dan agama. Ia merupakan satu sejarah riwayat hidup yang boleh di jadikan contoh teladan, terutamanya bagi jemaah PAS merbok sendiri. bukan itu sahaj, beliau juga secara tidak langsung terlibat dalam perlaksanaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam di Merbok...

p/s : kenangan yang ada kini hanya surau/madrasah disebelah rumah beliau yang dikenali sebagai madrasah Hj. Mansor (Madrasah Sa`aadah Al Islamiyah). Jika PAS Pusat menamakan dewannya di Taman Melewar sebagai Dewan Fadhil Noor. Jika PAS negeri menamakan dean di kompleks PAS Kedah dengan nama yang sama, apa salahnya PAS Merbok menamakan dewan di PUTIM dengan nama Tuan Guru Hj. Mansor Ibrahim. telah banyak nama tok guru merbok hilang ditelan zaman, termasuk allahyarham tuan guru Abdur Rahman,allahyarham tuan guru Hj Ghazali Din dan lain-lainnya.Tuan guru Wan Ahmad Wan Long pun sekarang ni tengah uzur. Mungkin nama-nama ini juga bakal tenggelam di telan zaman. . Golongan muda Merbok tidak tahu langsung berkaitan ulama-ulama besar uyang asalnya adalah dari MErbok sendiri...

Apakah kita sedar atau tidak, bahawa tiada lagi Tuan Guru atau Ulama besar di kalangan kita di Merbok kini? maka hormatilah kita kepada saki-baki golongan guru yang ada kini...