Jumaat, 29 Oktober 2010

Ketentuan Allah


Gambar semasa lawatan ke Terengganu Jun lalu....

Tengahari semalam dapar coll dari kawan sekolah (cikgu At) bagitau Cikgu sekolahku Ahmad Hamidi masuk Hospital Pantai jatuh dan tak dpt berjalan. Dia sebelum ni mmg dok bagitau dok sakit2 kat pinggang. Rupa-rupanyasakit pinggang dia dah melarat..masa solat Subuh pagi semalam pinggang dia 'meletup'an teruih jatuh..
Isteri hantaq pi hospital...Dr buat MIR teruih.. tgk saraf tunjang tulang belakang dah termasuk ke celah tulang belakang.

Penyakit datang dengan tiba2 sapa pun tak jangka. Dr bagitau kena wat operation mlm tadi jugak. Ptg semalam aku pi jenguk dia kat hosp rasa sedih jgk...tak sangka member yg dok kawan kat sekolah dah tak boleh jalan...terlantar. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu....

Td coll mber yg pi tgk pg td kata keadaan stabil...ahamdulillah.
Ya allah berilah kesembuhan kepada saudaraku ini...amin..

Khutbah hari ini...






Tadi pi solat Jumaat kat Masjid Sultan Abd Halim Bt 2. Khutbah disampaikan oleh Ust. Zainol Asri Ramli( penceramah radio Kedah FM) Khutbah yg sangat menyentuh...semua jemaah beri perhatian dan ramai yg tak tdoq.
Antara isi khutbah ialah :
1. Muhasabah diri tentang umur di dunia yg singkat ini.
2. Nilai dunia berbanding akhirat.
3. Usaha cari bekalan di akhirat.

Penjelasan yg sebenar mengenai Kata-kata Imam Ghazali : Carilah dunia ini seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun, carilah akhirat seolah-olah kamu akna mati esok hari. kata-kata inibyk yg disealah faham oleh org....
(maksud hidup 1000 tahun disini bermakna kita perlu mencari dunia seolah-olah kita akan hidup seribu tahun...jadi kita punyai byk masa lagi untuk cari dunia...maksudnya cari sikit2 sudah la...yg kena pulun adalah akhirat...)

Diakhir khutbah dia bawa satu cerita zaman tabiin. ada seorg kanak2 yg menangis bila tgk org dok umpan api ngan ranting kayu kecik...bila di tanya kenapa mnangis? Budak tu kata dia tringat ayat al Quran kata bahan bakar api neraka adalah manusia dan batu...dia takut tgk org tu umpan api dgn kayu kecik...takut Tuhan bakaq dlm neraka pun mcm tu jgk umpan api dgn budak kecik...

Khatib td jugak bawak crita ttg Rabiatul Adawiyah yg menangis bila tgk org panggang ayam...bila di tanya dia kata dia takut pasai dok byngkan org yang hidup kena bakaq dalam neraka...tgk ayam yg mati pun teruk dah...

Khatib juga dijemput jadi Imam tadi....bacannya sungguh menyentuh...rakaat kedua baca surah Saf....mmg tersentuh hati..bila sampai ayat لما تقول ما لا تفعلون.....

Khamis, 28 Oktober 2010

Cara nak jadi Jutawan!!!!!





Sapa nak jadi jutawan baca doa ni....ada hadis nabi menyatakan sesiapa yg baca doa ni ketika masuk ke pasar akan mendapat 1000000 pahala....doa dia:

لا اله الا الله وحده لا شريك له
له ملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت
بيده الخير وهو على كل شيء قدير


Boleh diamalkan ketika hendak masuk ke pasar atau pasaraya atau yang sewaktu dengannya.

ni dia dalil nya....Rosulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Barang siapa masuk ke pasar dengan membaca :
لااله الاالله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيى ويميت وهو حى لا يموت بيده الخير وهو على كل شيئ قد ير (رواه الترمذى)
Artinya : (Tiada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagiNya. Dialah zat yang memiliki kerajaan dan pujian, yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang maha hidup dan tidak akan mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu), niscaya Allah akan memberikan kepadanya seribu-seribu (sejuta) kebaikan dan menghapus seribu-seribu (sejuta) keburukan serta diangkat kedudukannya seribu-seribu (sejuta) derajat. Dalam riwayat lain dikatakan : Niscaya Allah akan membangunkan rumah di dalam surga. (Hr. Tirmidzi dan Albani menganggapnya hasan)

Sabtu, 7 Ogos 2010

PROGRAM RAMADHAN SURAU BANDAR MUTIARA

PROGRAM YANG DIRANCANG SEPANJANG BULAN IHYA’ RAMADHAN DI SURAU BANDAR MUTIARA:

  1. Solat Jamaah 5 waktu.
  2. Solat sunat Tarawikh (8 rakaat) setiap malam.
  3. Jamuan moreh setiap malam.
  4. Tazkirah 4x sebulan oleh penceramah jemputan.
  5. Majlis bacaan Yasin UPSR/PMR/SPM.
  6. Majlis tahlil dan berbuka puasa.
  7. Gotong royong memasak kanji setiap Isnin dan Khamis.

Selasa, 20 April 2010

LAGI INFO BAJA AR

MEH SINI SEMUA AKU TUNJUKKAN KEBERKESANAN BAJA AR NI.!!


Perhatikan ketiga-tiga pokok hiasan kat sekolah aku ni...
Ni pun sama gak tengok betoi2....
Meh dekat sket...ha..yang ni pokok yang tak dapat baja ni.
Ni satu lagi..dok makan baja biji kat pasar malam sj sampai nak mampuih dah.
Yang ni asal dia macam yang tadi jgk. tapi lepas sebulan kami bubuh baja tu dia aihh...
Ni lagi satu...tembon sungguh!!!!!! hijau plak tu...bayangkan pokok lain kalau dapat baja ni..
Awat jadi macam tu pokok2 ni semua...ha.... nia dia khasiat dia. Cuba baca betoi2. klik kat gambaq dia...
YANG PALING MENARIK IALAH HARGA DIA MURAH SANGAT!!!!!
SEKAMPIT 50KG = RM54.00(Kedah dan sekitar)

iNFO YANG LEBIH LENGKAP TENTANG BAJA AR YANG TENGAH CARI AGEN PEMASARAN DISELURUH MALAYSIA SEKARANG NI....
TOKEY DIA MMBER SEKOLAH AKU. SO SAPA YANG KAKI BISNES BLEH PI CARI ORANG YANG SANGGUP BELI KALAU DEPA DEAL BOLEH LA DAPAT KOMISEN SKET...
STEP DIA MUDAH SAJA :
1. PI CARI KAWAN/ KENALAN ATAU SAPA2 YANG DOK MENIAGA BAJA/AGRO.
2. PERKENALKAN BAJA INI DAN TUNJUKKAN BUKTI2 NI.
3. KALAU DEPA BERMINAT COLL SAYA.
4. NEGO DENGAN BOSS SAYA BERAPA KAMPIT/HARGA YANG DIA NAK.
5. KALAU DEPA DEAL ADA LA BAHAGIAN ANDA.
MUDAH SAJA KAN...





No phone kat sini la....0134534408.cepat depa tgh dok cari orang nak juai baja ni.

Sabtu, 17 April 2010

AR mineral
























BAJA TERBAHARU DAN DITUNGGU-TUNGGU RAMAI!!!!

Baja yg sesuai untuk semua jenis tanaman.


TWO IN ONE
SLOW REALEASE
ESSENTIAL NUTRIENTS FOR YOUR PALM & PLANTS

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN DAN PEMBELIAN SECARA SEDIKIT ATAU BORONG
HUBUNGI 0134534408 (ZAKI)

Rabu, 24 Mac 2010


Sanggup dak hampa minum air kencin anjin ni?

Mlm ni aku teringat plak nak cerita kat blog ni ttg satu cerita yang diceritakan oleh Ust Akmal yang bagi ceramah Maulid kat surau aritu..
Pada zaman nabi Musa dahulu ada sorang mamat yang tak dapat anak wlaupun dah lama kawin. So dok pikiaq2 nak wat mcmna doa2 dah...maka dia pun bernazar pada Allah, kalau dia dapat anak dia nak minum air kencin anjing hitam. Pada zaman tu (syariat nabi Musa)kalau bernazar kena tunaikan walaupun nazar benda tak baik.
Ringkas crita Allah makbul dan dia dpt anak...Jadi haru la kwan ni...nak kena minum air kencin anjing hitam. Maka dia pun pi lah jumpa nabi Musa mintak nasihat mcmna kalau tak mau buat nazar tu. maka nabi Musa pun bagi la jalan kalau nak elakkan dari buat tunai nazar tu boleh tapi kena buat benda yang lebih teruk dari air kencin tu..
Nabi Musa bagitau hang pi cari rumah org tak solat dan tadah air hujan yang turun dari bumbung rumah orang tu. ambik air tu minum...tu dia aihhh!!!
Jadi ust Akmal kata cuba kita bayangkan tu baru air hujan yg turun ataih bumbung rumah org tak solat(lebih teruk dari air kencing anjing). macamna air mandi, tangan, peluh org tu?
So ust akmal kata kita pakat2 muhasabah la..

Isnin, 8 Mac 2010

Ceramah Maulidurrasul

Ceramah Maulidurrasul pada 1.3.2010.
Ust Akmal Hizam Bin Hj Darus.(Kenalan lama masa budak2 dulu dok lwn badminton ngan team kg depa)
Kehadiran 30 org termasuk muslimat.(kira ramai la tu dr selalu)

Antara isi kandungan ceramah malam tu :
Muqaddimah : Sambutan Maulid adalah benda baik....bawa pendapat Sheik Ali Juma- Mufti Mesir/.
1. Org yahudi sgt ndak bangsa depa jd Khatimul anbiya'
2. Berlaku keajaiabn semasa kelahiran nabi
3. Kelebihan umat muhammad :ganjaran pahala umat Muhammad berlipatganda.
4. Kena kembali kepada Islam terutama dlm rumah kita terlebih dahulu.
5. akhir ceramah dia dengan kisah zaman nabi MUsa . nanti crita lain dlm blog ni...

Gambaq untuk tatapan yg tak dpt hadir mlm tu...

Antara yg hadir malam tu...khusyuk mendengar.


Ust Akmal Hizam Darus Guru jqaf SK Simpor.

Santapan pada malam tu. Nasik beriani bungkuih Husin Nasik Kandaq


Benda ni makin dok surut dah isi dia....kalau sapa2 yg ada lebih tu huluq2 la sama.
Nak buat kuliah/program banyak pun bayaq jgk.

Jumaat, 5 Mac 2010

Hampa tau dak?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

Jumaat, 19 Februari 2010

Info tambahan tentang tricajus


Fungsi TRICAJUS untuk LELAKI
  • Meingkatkan bilangan sperma (oligospermia), bilangan spermatozoids dan pergerakannya untuk menggalakkan pembentukan spermatozouds (spermatoogenesis).
  • Sebagai Viagra Semulajadi.
  • Meningkatkan tenaga batin.
  • Meningkatkan nafsu syahwat.
  • Menyembuhkan mati pucuk.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan stamina.
  • Menstabilkan hormon lelaki.
  • Peningkatan potensi lelaki.
  • Membantu melawan sintom Andropans.
  • Mengatasi kemurungan dan anti penuaan.
  • Terapi Penggantian Hormon (HRT)
  • Mengawal berat badan, merendahkan kolestrol dan lemak dan mengelakkan masalah jantung.
  • Memperbaiki kualiti tidur.

Selasa, 16 Februari 2010

INSAF.....

hampa tonton video ni....kalu sapa yg tringin nak merempit tu pikiaq dulu...
FAIZA JA AAJALUHUM LA YAS TAK KHIRU NA SAATAN WALA YAS TAQDIMUN...




RABBANAKH TIM ALAINA BIHUSNIL KHATIMAH KHATIMAH.WA TAKHTIM ALAINA BISUU ILKHATIMAH ...AMINNN..

Isnin, 15 Februari 2010

percutian luar musim.

Khamis minggu lepas ke Suria Apartment Bukit merah. saja bawak anak pi tidoq hotel dan mandi kolam.
Ni baru sampai nih....excited la...


Pemandangan dari balkoni. Plus highway dan kolam renang. Kira ok lah RM150.00 pernight.


Sabar menunggu sarapan pagi..muka lapaq.

Pesan western food nama menu tak tau nama pa. tgk2 mai hantaq macamni sj....balun sj.

Nasib baik order nasik goreng gak....kenyang sket.
Ni kes lemas la ni....byk gak telan ayaq kolam. Tapi keriau sat sj..
posing sebelum check out....

Jumaat, 12 Februari 2010

Try tgk.....

10 FUNGSI UTAMA TRICAJUS

  1. Mengembalikan kejantanan lelaki.
  2. Meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.
  3. Mengawal Asid di dalam badan.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Mengatasi masalah kencing manis dan gout.
  6. Mengatasi masalah jantung dan darah tinggi.
  7. Mengatasi penyakit penyakit lumpuh.
  8. Mengatasi penyakit buasir dan sembelit.
  9. Menguatkan fungsi hati.
  10. Mengatasi masalah prahaid dan monopous wanita.
  11. Mengatasi penyakit batu karang.


KALAU BERMINAT SMS: 0134534408 (RM8.00 /1 SACHET).(SEKOTAK 15 SECHET RM100.00) UNTUK PEK PERCUBAAN. INSYAALLAH HASILNYA MEMBERANGSANGKAN!!!!!


Penternak Ayam Kampung Ceroi

Firts time post berita tentang ternakan yg aku usahakan kat kg. Sebenaqnya depa(mak n adik beradik aku) kat kg yg dok jaga. Kami keluaq modai sorang sket dan balik jengok ujung minggu sj....bwk balik dedak. Dah 7 minggu umuq ayam ni semua. Asal ada 100 ekoq. La ni tinggai 74 ekor minggu lepas mati sehari 4,5 ekoq. Wabak hawaq mai....la ni pulih sikit.
Kat bwh ni gambaq2 rakyat jajahan takluk aku...
Anak2 aku la ni kalau sebut sj nak balik merbok, mmg melompat. tak sabaq nak main ngan ayam2 ni semua.






Dah kenyang ni...Time panas depa beteduh bwh bayang lau.



Isnin, 8 Februari 2010

Berita terbaru!!!!!!


Aku dapat satu produk baru yang dikatakan best. Nak crita panjang tak taumacamna, jom pi tgk sendiri la...benda ni dikatakan power!!!!!
Kalau sapa berminat nak sample percubaan bleh sms aku :0134534408
Harga bleh runding. Tak sampai RM10 sepeket. yang penting hasil dia memuaskan!!!!!!
Benda2 mcmni biasanya org malu nak pi beli kat kedai atau pada dealer, so apa tunggu lagi sms sj... urusan pembayaran bleh dibankinkan....
Nak tau lebih lanjut produk ni link kat sini : http://www.tricajus.com.my/index.html

Selasa, 2 Februari 2010

SAMBUT TAHUN BARU CARA UMNO/BN DAN SEKUTUNYA ...




Umno membuat sambutan tahun baru yang lalu di pantai tanjung dawai. dengan konsert hiburan sehinnga lewat malam. tanpa menghormati malam tersebut. di mana malam tahun baru adalah jatuhnya pada malam jumaat, tiada majlis kesyukuran ataupun bacaan yaasin, hanya hiburan semata-mata di sajikan kepada penduduk tanjung dawai. telah di ketahui remaja di situ majoritinya sosial, maka umno terus menggunakan cara tersebut bagi mengembalikan kealpaan mereka.
pada tanggal 12 tengah malam, bunga api di dipersembahkan bersama sorakkan hadirin. dari mana mai duit tu? duit umno ka? lu pikirlah sendiri. kos tinggi tu bang... majlis di rasmikan oleh ketua umno bahagian merbok. ntah mana hilangnya kesyukuran kita, kesedaran kita dan keazaman kita pada malam itu. yang ada hanya keseronokkan seketika, kealpaan dan hpembaziran di saat ekonomi kita yang kian meleset.
Kalau kat merbok yang kecik ni pun kita mampu buat pembaziran, macam mana la kalau umno buat peringkat negeri. kompon belanja juta. peringkat "1 malaysia" mestilah ratus juta. belanja? rakyat tanggung. sambutan tahun baru oleh umno peringkat bahagian (di tanjung dawai) mengalahkan sambutan tahun baru kerajaan negeri (di jam besar sungai petani). dari segi belanjanya, hiburannya dan pembazirannya... wow....

TAHUN BARU : MACAM MANA CARA PAS/PR BUAT SAMBUTAN ...(copy dr blog suara merbok)

Sambutan tahun baru 2010 di Dataran Jam Besar Sungai Petani. Dirasmikan oleh Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Bermula pada petangnya, malamnya dengan solat hajat dan berakhir dengan ceramah agama pada malam dan dendangan nasyid. majlis tahun baru di serikan dengan majlis agama dan hiburan yang sederhana. tahniah kerajaan kedah. "kedah sejahtera-nikmat untuk semua"














Sabtu, 30 Januari 2010

Sekadar renungan...

[shahidan+najib.jpg]

Hampa nak kata apa tengok gambaq ni?
Aku tak mau kata pa cuma nak tabik springg kat cameramen yg tangkap gambaq ni...

Ahad, 17 Januari 2010

Ikut Manual Bro...

Tonton video kat bawah ni dulu....



Mamat ni jadi macam ni pasai dia tak baca dan ikut manual benda alah yang dia guna tu. Kalau dia baca dan ikut manual penggunaan tentu tak jadi macam tu. Kalau dia tak paham dan tak tahu nak baca manual tu dia kena tanya dan ikut cakap orang yang tahu baca.
Macam tu lah juga hidup kita atas dunia ni...Allah dah sediakan manual panduan untuk manusia. Gunalah panduan tu. Apa lagi kalau bukan al Quran dan Hadis. Kalau tak tau baca dan mentafsir kehendak al Quran dan hadis, tanyalah dan ikutlah orang yang tahu. Orang yang tahu tu ulama lah...jangan buat pandai2 sendiri...so ikutlah ulama. Insyaallah hidup kita selamat...
Fas'alu ila ahli zikr inkuntum la ta'lamun...

Rabu, 13 Januari 2010

No smoking!


Pesanan utk teman-teman lama yang pernah merokok dan masih merokok. Asap rokok anda sering mengganggu org lain.
Aku paling meluat bila tgk org serve makanan sambil tangan dok kepit putin rokok. Biasanya jumpa orang mcmni kat kedai makan atau rumah kenuri. Jadi macam video kat atas ni baru padan muka...

Jumaat, 8 Januari 2010

terbaru dariku....

Ragam cuti sekolah yg lalu...Dalilah, Aiman(tgh layan spongebob) dan sepupu di rumah tok.
Kak ngah dan babynya....
Kalau macam ni sampai besar....sejuk perut ibu mengandung...Insyaallah.
Posing sebelum pi makan kenduri rumah kawan.
seronok sungguh dapat baju upin ipin baru....
Nak pi kelas qiraati kena solat dulu....puas kena paksa.

Dok ciwi adik baby lagi dua2 beradik ni...bangun pg2 teruih p tgk adik kat bilik....


RABBANA LA TUHAMMILNA MAA LA THOOQOTALANABIH...WAKFUANNA WAGHFIRLANA WARHAMNA ANTA MAULANA FANSURNA ALAL QAUMIL KAFIRIIN." TUHAN KAMI JGN ENGKAU UJI KAMI DENGAN UJIAN YG TAK MAMPU KAMI TANGGUNGI, MAAFKANLHA KAMI, AMPUNKAN KAMI, RAHMATILAH KAMI DAN TOLONGLAH KAMI MENGHADAPI ORG KAFIR. AMIN..





amanah allah atasku..

Anak pertama Aiman Adli Bin Ahmad Zaki. lahir pd 14.7.2004.

Anak kedua . Nur Dalilah Bt Ahmad Zaki. Lahir pd 24.9.2007 ( 20 ramadhan 1428H)


Amanah Allah atasku. Anak ke tiga. Ummu Hannan Bt Ahmad Zaki lahir pd 31.12.2009. 3.54 kg...semangat tahun baru kot...


RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZURRIYATINA QURRATA AQYUN WAJAALNA LIL MUTTAQI NA IMAMA....AMIN.

Isnin, 4 Januari 2010

Permata yang dilupakan....(dicopy dr blog suara merbok)

Telah lebih setahun pemergian allhyarham Tuan Guru Hj Mansor Hj. Ibrahim. tidak dapat dinafikan lagi sumbangan dan perjuangan beliau di Merbok khasnya dan di Kampung Pasir Amnya. Tok Guru Hj. Mansor atau nama penuh beliau Hj Mansor Bin Hj Ibrahim Bin Yahya Bin Abdul Rahman Ar-Rawa telah memberi impak yang amat positif bagi penduduk di sini. seorang tuan guru yang amat di segani di semua lapisan masyarakat. kini kita kehilangan beliau buat selama-lamanya.... permata yang bersinar itu, kini bukan lagi pudar tapi telah hilang ...
Beliau adalah insan yang dihormati oleh semua pihak samada PAS dan Umno. Beliau juga merupakan tonggak perpaduan disini atas ketokohan beliau. pada pandangan peribadi penulis, beliau juga setaraf dengan ulama atas ilmu yang dimilikinya. kini, masih ramai lagi anak didik dan bekas anak murid beliau di sekitar merbok ini. adalah wajar kalau dikatakan majoriti pak-pak lebai di merbok kebanyakkannya adalah anak murid beliau. begitu besarnya impak tuan guru Hj. Mansor sehingga kini...

Tuan Guru Hj. Mansor adalah merupakan seorang yang bijak berpolitik dan amat arif dalam bidang agama. Pemergiannya merupakan kehilangan yang mat besar bagi masyarakat disini. beliau secara tidak langsung merupakan pemimpin dan juga menjadi rujukan pada masyarat di sini temasuk ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang lain...
(gambar lama-diambil dari blog Y.B Adun tjg Dawai)
Sumbangan beliau dalam PAS sememangnya amt besar dan tiada nilainya.Terutamya bagi cawangan kampung pasir, padang jernih dan simpang tiga. Beliau merupakan ketua cawangan merangkap Yang Dipertua PAS kampung pasir pada akhir hayatnya. Perjuangan yang sekian lama, pahit getir yang dilalui beliau sehingga beliau akhirnya dapat melihat sendiri kemenangan PAS di DUN tanjung dawai dan Merbok (Pakatan Rakyat). Dan belum sempat genap setahun kemenangan dan pentadbiran PAS di Tanjung Dawai dan Negeri Kedah, beliau menghembuskan nafas terkhirnya menghadap Allah s.w.t, tuhan yang Esa. Jika hendak dibukukan perjuangan beliau didalam PAS, mungkin sehingga beberapa siri.

Bukan niat penulis untuk sama-sama meratapi pemergian Allahyarham Tuan guru tercinta ini, tetapi sejauh mana kesan perjuangan dan sumbangan beliau kini pada masyarat di sini. perlukah dengan ayat begini: yang pergi biarkan berlalu, yang hidup mesti diteruskan ???. sehingga kini, tiada langsung artikel,laporan, novel, posting atau buku (kecuali sedikit maklumat dari harakah) berkaitan sejarah hidup dan perjuangan beliau. bukan niat untuk mengagungkan, tetapi sekadar renungan perjuangan dan sumbangan besar beliau pada masyarakat dan agama. Ia merupakan satu sejarah riwayat hidup yang boleh di jadikan contoh teladan, terutamanya bagi jemaah PAS merbok sendiri. bukan itu sahaj, beliau juga secara tidak langsung terlibat dalam perlaksanaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam di Merbok...

p/s : kenangan yang ada kini hanya surau/madrasah disebelah rumah beliau yang dikenali sebagai madrasah Hj. Mansor (Madrasah Sa`aadah Al Islamiyah). Jika PAS Pusat menamakan dewannya di Taman Melewar sebagai Dewan Fadhil Noor. Jika PAS negeri menamakan dean di kompleks PAS Kedah dengan nama yang sama, apa salahnya PAS Merbok menamakan dewan di PUTIM dengan nama Tuan Guru Hj. Mansor Ibrahim. telah banyak nama tok guru merbok hilang ditelan zaman, termasuk allahyarham tuan guru Abdur Rahman,allahyarham tuan guru Hj Ghazali Din dan lain-lainnya.Tuan guru Wan Ahmad Wan Long pun sekarang ni tengah uzur. Mungkin nama-nama ini juga bakal tenggelam di telan zaman. . Golongan muda Merbok tidak tahu langsung berkaitan ulama-ulama besar uyang asalnya adalah dari MErbok sendiri...

Apakah kita sedar atau tidak, bahawa tiada lagi Tuan Guru atau Ulama besar di kalangan kita di Merbok kini? maka hormatilah kita kepada saki-baki golongan guru yang ada kini...