Rabu, 24 Mac 2010


Sanggup dak hampa minum air kencin anjin ni?

Mlm ni aku teringat plak nak cerita kat blog ni ttg satu cerita yang diceritakan oleh Ust Akmal yang bagi ceramah Maulid kat surau aritu..
Pada zaman nabi Musa dahulu ada sorang mamat yang tak dapat anak wlaupun dah lama kawin. So dok pikiaq2 nak wat mcmna doa2 dah...maka dia pun bernazar pada Allah, kalau dia dapat anak dia nak minum air kencin anjing hitam. Pada zaman tu (syariat nabi Musa)kalau bernazar kena tunaikan walaupun nazar benda tak baik.
Ringkas crita Allah makbul dan dia dpt anak...Jadi haru la kwan ni...nak kena minum air kencin anjing hitam. Maka dia pun pi lah jumpa nabi Musa mintak nasihat mcmna kalau tak mau buat nazar tu. maka nabi Musa pun bagi la jalan kalau nak elakkan dari buat tunai nazar tu boleh tapi kena buat benda yang lebih teruk dari air kencin tu..
Nabi Musa bagitau hang pi cari rumah org tak solat dan tadah air hujan yang turun dari bumbung rumah orang tu. ambik air tu minum...tu dia aihhh!!!
Jadi ust Akmal kata cuba kita bayangkan tu baru air hujan yg turun ataih bumbung rumah org tak solat(lebih teruk dari air kencing anjing). macamna air mandi, tangan, peluh org tu?
So ust akmal kata kita pakat2 muhasabah la..

Isnin, 8 Mac 2010

Ceramah Maulidurrasul

Ceramah Maulidurrasul pada 1.3.2010.
Ust Akmal Hizam Bin Hj Darus.(Kenalan lama masa budak2 dulu dok lwn badminton ngan team kg depa)
Kehadiran 30 org termasuk muslimat.(kira ramai la tu dr selalu)

Antara isi kandungan ceramah malam tu :
Muqaddimah : Sambutan Maulid adalah benda baik....bawa pendapat Sheik Ali Juma- Mufti Mesir/.
1. Org yahudi sgt ndak bangsa depa jd Khatimul anbiya'
2. Berlaku keajaiabn semasa kelahiran nabi
3. Kelebihan umat muhammad :ganjaran pahala umat Muhammad berlipatganda.
4. Kena kembali kepada Islam terutama dlm rumah kita terlebih dahulu.
5. akhir ceramah dia dengan kisah zaman nabi MUsa . nanti crita lain dlm blog ni...

Gambaq untuk tatapan yg tak dpt hadir mlm tu...

Antara yg hadir malam tu...khusyuk mendengar.


Ust Akmal Hizam Darus Guru jqaf SK Simpor.

Santapan pada malam tu. Nasik beriani bungkuih Husin Nasik Kandaq


Benda ni makin dok surut dah isi dia....kalau sapa2 yg ada lebih tu huluq2 la sama.
Nak buat kuliah/program banyak pun bayaq jgk.

Jumaat, 5 Mac 2010

Hampa tau dak?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?