Jumaat, 29 Oktober 2010

Ketentuan Allah


Gambar semasa lawatan ke Terengganu Jun lalu....

Tengahari semalam dapar coll dari kawan sekolah (cikgu At) bagitau Cikgu sekolahku Ahmad Hamidi masuk Hospital Pantai jatuh dan tak dpt berjalan. Dia sebelum ni mmg dok bagitau dok sakit2 kat pinggang. Rupa-rupanyasakit pinggang dia dah melarat..masa solat Subuh pagi semalam pinggang dia 'meletup'an teruih jatuh..
Isteri hantaq pi hospital...Dr buat MIR teruih.. tgk saraf tunjang tulang belakang dah termasuk ke celah tulang belakang.

Penyakit datang dengan tiba2 sapa pun tak jangka. Dr bagitau kena wat operation mlm tadi jugak. Ptg semalam aku pi jenguk dia kat hosp rasa sedih jgk...tak sangka member yg dok kawan kat sekolah dah tak boleh jalan...terlantar. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu....

Td coll mber yg pi tgk pg td kata keadaan stabil...ahamdulillah.
Ya allah berilah kesembuhan kepada saudaraku ini...amin..

Khutbah hari ini...






Tadi pi solat Jumaat kat Masjid Sultan Abd Halim Bt 2. Khutbah disampaikan oleh Ust. Zainol Asri Ramli( penceramah radio Kedah FM) Khutbah yg sangat menyentuh...semua jemaah beri perhatian dan ramai yg tak tdoq.
Antara isi khutbah ialah :
1. Muhasabah diri tentang umur di dunia yg singkat ini.
2. Nilai dunia berbanding akhirat.
3. Usaha cari bekalan di akhirat.

Penjelasan yg sebenar mengenai Kata-kata Imam Ghazali : Carilah dunia ini seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun, carilah akhirat seolah-olah kamu akna mati esok hari. kata-kata inibyk yg disealah faham oleh org....
(maksud hidup 1000 tahun disini bermakna kita perlu mencari dunia seolah-olah kita akan hidup seribu tahun...jadi kita punyai byk masa lagi untuk cari dunia...maksudnya cari sikit2 sudah la...yg kena pulun adalah akhirat...)

Diakhir khutbah dia bawa satu cerita zaman tabiin. ada seorg kanak2 yg menangis bila tgk org dok umpan api ngan ranting kayu kecik...bila di tanya kenapa mnangis? Budak tu kata dia tringat ayat al Quran kata bahan bakar api neraka adalah manusia dan batu...dia takut tgk org tu umpan api dgn kayu kecik...takut Tuhan bakaq dlm neraka pun mcm tu jgk umpan api dgn budak kecik...

Khatib td jugak bawak crita ttg Rabiatul Adawiyah yg menangis bila tgk org panggang ayam...bila di tanya dia kata dia takut pasai dok byngkan org yang hidup kena bakaq dalam neraka...tgk ayam yg mati pun teruk dah...

Khatib juga dijemput jadi Imam tadi....bacannya sungguh menyentuh...rakaat kedua baca surah Saf....mmg tersentuh hati..bila sampai ayat لما تقول ما لا تفعلون.....

Khamis, 28 Oktober 2010

Cara nak jadi Jutawan!!!!!





Sapa nak jadi jutawan baca doa ni....ada hadis nabi menyatakan sesiapa yg baca doa ni ketika masuk ke pasar akan mendapat 1000000 pahala....doa dia:

لا اله الا الله وحده لا شريك له
له ملك وله الحمد يحي ويميت وهو حي لا يموت
بيده الخير وهو على كل شيء قدير


Boleh diamalkan ketika hendak masuk ke pasar atau pasaraya atau yang sewaktu dengannya.

ni dia dalil nya....Rosulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Barang siapa masuk ke pasar dengan membaca :
لااله الاالله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيى ويميت وهو حى لا يموت بيده الخير وهو على كل شيئ قد ير (رواه الترمذى)
Artinya : (Tiada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagiNya. Dialah zat yang memiliki kerajaan dan pujian, yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang maha hidup dan tidak akan mati, di tanganNya segala kebaikan dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu), niscaya Allah akan memberikan kepadanya seribu-seribu (sejuta) kebaikan dan menghapus seribu-seribu (sejuta) keburukan serta diangkat kedudukannya seribu-seribu (sejuta) derajat. Dalam riwayat lain dikatakan : Niscaya Allah akan membangunkan rumah di dalam surga. (Hr. Tirmidzi dan Albani menganggapnya hasan)